Sunday, September 11, 2011

Isu Isu Yang Berkaitan Pendidikan Khas

Salam..hye entry ari ni short jek..sbb x sempat nk ringkaskan dengan teliti..insyaAllah di masa akan datang akan disediakan dengan lebih lengkap..sebarang penambaikan sila komen yer...


Isu Yang Berkaitan Pendidikan Khas
Kemudahan Fizikal
-kekurangan bilik-bilik terapi ( bilik snoozlen, bilik muti sensori, bilik toys), jadi terapi yang penting untuk perkembangan deria motor kasar dan halus tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin
-tiada kemudahan jalan untuk pengguna wheelchair akibatnya menyusahkan pengguna wheelchair dan memerlukan bantuan org lain untuk bergerak
-ruang kelas yang sempit / hanya dibahagikan dengan petisyen kesannnya menyebabkan gangguan yang bising kepada murid di ruang sebelah yang lain

Profesionalisme guru
-sikap guru yang malas dan tidak bersungguh-sungguh mengajar murid-murid yang bermasalah pembelajaran sekaligus menyebabkan murid-murid terabai dan ketinggalan
-guru pendidikan khas seringkali dianggap tidak mempunyai kerja yang banyak akibatnya guru pendidikan khas kerap disuruh melakukan aktiviti untuk murid-murid di aliran perdana. Contoh membuat aktiviti sukan sekolah tahunan. Akibatnya bebanan guru pendidikan khas bertambah
-wujudnya guru sandaran tidak terlatih dalam program pend khas akibat daripada itu kanak-kanak khas menjadi mangsa guru yang tidak terlatih (di marah atau diherdik dan dipukul)

Kewangan
-isu kewangan berkaitan elaun kanak –kanak khas yang disalahgunakan oleh ibu bapa. Akibatnya terdapat murid yang tidak membayar yuran atau tidak dapat membayar wang untuk mengikuti apa apa program yang dianjurkan
-elaun guru pendidikan khas menarik perhatian ramai guru aliran perdana, akibat daripada permohonan guru aliran perdana ke aliran khas mampu menyebabkan kualiti terjejas
-bajet yang tidak mencukupi menyebabkan banyak alatan kemudahan fizikal tidak dapat disediakan, program juga tidak dapat dijalankan dengan lebih banyak. Murid akan ketinggalan dan tidak merasa keseronokan kerana bosan terpakasa mengikuti pnp di kelas sahaja.
Program Intergrasi/ pengasingan
-tidak mampu mengintergrasikan keseluruhan murid dengan sepenuhnya akibaat daripada perbezaan jadual waktu rehat dan belajar
-pengasingan kelas bilik darjah di sekolah
-pengasingan aktiviti  seperti aktiviti sukan. Hanya antara murid-murid berkeperluan khas sahaja dan sebaliknya

Program inklusif
-bebanan guru aliran perdana bertambah kerana terpaksa cuba memahami karenah kanak-kanak berkeperluan khas. Akibatnya guru tidak akan dapat mengajar kanak-kanak itu dengan sebaiknya.
-wujud pendiskriminasian antara murid yang normal dan murid yang berkeperluan khas. Akan wujud perbezaan ruang sosial kerana kurangnya sifat menghormati terhadap golongan ini

Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah
-tidak mementingkan akan kebajikann murid di program intergrasi kerana beranggapan murid ini tidak menyumbang kepada kenaikan peratus prestasi sekolah
-murid-murid pendidikan khas tidak diberi galakan sepatutnya untuk mengambil peperiksaan awam kerana dikhuatiri peratus sekolah menurun
-isu penempatan murid yang tidak layak dimasukkan sekolah atas dasar peribadi antara ibu bapa dan pihak tertinggi sekolah. Akibatnya menyusahkan pihak guru di program intergrasi.
-kesilapan penempatan murid, sebagai contoh murid yang mengalami masalah pendengaran dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid itu tadi akan dipinggir.

Pelabelan
-isu melabel kanak-kanak khas seperti mata sepet kepada kanak-kanak sd. Boleh menyebabkan mereka berasa rendah diri dan malu
-melabel kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak cacat. Boleh mewujukan jurang sosial antara kanak-kanak normal dengan khas.
Pentaksiran dan Penilaian
-terdapat pentaksiran yang dijalankan tidak sesuai dengan keupayaan murid kerana menggunakan ujian pentaksiran daripada negara luar.
-penilaian yang tidak telus akibat sikap pilih kasih daripada guru boleh memberi kesan yang buruk. Sebagai contoh, penilaian yang tidak telus semasa membahagikan murid mengikut kelas berdasarkan aras kebolehan memberi kesan buruk kepada murid semasa mengikuti proses pnp di kelas.
-diskriminasi terhadap kanak-kanak khas untuk mengikuti peperiksaan awam

Penglibatan ibu bapa
-wujud ibu bapa yang tidak mengambil berat dan hanya mengharapkan sekolah semata-mata. Contoh aspek pengurusan diri tidak ajar anak di rumah dengan sebaiknya. Akibatnya anak-anak mungkin akan kencing di dalam kelas dan tidak tahu membersihkan diri
-ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka mengikuti apa jua program kerana dikhuatiri memberi kecederaan kepada anak-anak mereka
-kurangnya sikap yakin ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

0 ulasan:

Post a Comment