Saturday, August 28, 2010

Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran.


Dalam erti kata yang lain, tingkah laku boleh didefinisikan sebagai apa yang seseorang perkatakan atau ucapkan. Keadaan ini boleh diukur dalam satu dimensi atau pun lebih. Berlakunya sesuatu tingkah laku adalah disebabkan oleh peristiwa dan pengaruh persekitaran. Keadaan tingkah laku juga mungkin overt atau covert. Umumnya, tingkah laku mencabar terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku mencabar dalaman dan tingkah laku mencabar luaran. Tingkah laku mencabar dalaman ini biasanya datang daripada dalaman. Tingkah laku ini biasanya tidak ditunjukkan sepenuhnya di hadapan individu sebaliknya bergantung kepada kesesuaian ianya untuk dilakukan.(Berdine). Selain itu pengurusan yang sistematik dan terancang perlulah dilakukan untuk mewujudkan tingkah laku yang diingini oleh kanak-kanak ini.

Tidak seperti kanak-kanak yang normal, tingkah laku kanak-kanak bekeperluan khas memerlukan pengurusan tingkah laku yang baik. Oleh itu pengurusan tingkah laku penting dalam mewujudkan tingkah laku yang diingini dan mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini.

Pengurusan tingkah laku dikenali sebagai satu bidang psikologi yang menekankan kepada menganalisis dan mengubahsuai tingkah laku manusia. Analisis merujuk kepada mengenalpasti hubungan persekitaran dengan sesuatu tingkah laku. Mengubahsuai pula merujuk kepada membina dan mengimplementasikan prosedur intervensi behavioral untuk membantu seseorang individu membantu mengubah tingkah laku mereka.

Pengurusan ini juga adalah merupakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akedemik mahupun sosial. Hal ini bermakna tanpa perubahan tingkah laku , pembelajaran tidak akan berlaku. Dalam hal pembelajaran , perubahan tingkah laku ini menjadi kayu ukur bagi menentukan samaada individu telah mempelajari sesuatu yang baru atau pun tidak.

Dalam pengurusan tingkah laku aspek utama yang dititikberatkan adalah mengukur sasaran tingkah laku yang ingin perubahan. Pengukuran sasaran tingkah laku ini juga dikenali sebagai penaksiran tingkah laku. Bagi menaksir tingkah laku ini, penaksiran hendaklah dilakukan dengan cara secara langsung mahupun tidak langsung. Untuk tujuan pemerhatian sasaran tingkah laku, pemerhati hendaklah merancang jenis perekodan data yang sesuai. Apa yang penting pemerhati mesti mempunyai definisi sasaran tingkah laku yang tepat supaya kejadian tingkah laku itu dapat dibezakan daripada yang lain.

0 ulasan:

Post a Comment