Saturday, August 28, 2010

Faktor yang mendorong tingkah laku bermasalah kanak-kanak berkeperluan khas

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku adalah disebabkan faktor persekitaran. Hal ini kerana,sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain.




Selain itu tekanan psikologi juga boleh menjadi faktor kepada individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.



Perasaan terlaku takut yang keterlaluan terhadap sesuatu juga boleh menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.



Masalah tingkah laku juga akan terjadi sekiranya ada tingkah laku dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.



Kurangnya komunikasi diantara ibu bapa dengan anak-anak juga boleh menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku terbabit.Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.



Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan. Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.



Keadaan kesihatan juga boleh menyebabkan masalah tingkah laku. Hal ini kerana kesihatan seseorang boleh mempengaruhi perasaan dan keselesaan seseorang individu tersebut. Keadaan yang kurang sihat menyebabkan individu mengalami masalah terutama untuk mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan.



Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah tidak perlu sama sekali. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi.

0 ulasan:

Post a Comment